fbpx

Kiky kucing kesayangan Najib sudah tiada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Najib bersama Kiky yang turut dikongsi di Facebook bekas Perdana Menteri itu hari ini.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa sedih atas pemergian kucing peliharaannya, Kiky hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu hantaran milik bekas Presiden UMNO di Facebook.

Najib berkata, Kiky merupakan haiwan peliharaan yang baik dan sering bermanja dengannya setiap masa.

“Kiky, Kiky dah tak ada guys.

“Terima kasih Ya Allah aturkan Kiky dalam hidup saya selama ini.

“Sangat baik dan manja dia. Tiap tiap hari dia tunggu balik dari kerja kat depan pintu.Rehatlah Kiky,” tulisnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI