fbpx

Peserta program motivasi guna alat permainan ‘ehem’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki bercerita kepada Caprice berhubung pengalaman isterinya menyertai satu program motivasi.

PETALING JAYA – Menggunakan kristal atau alat permainan seks untuk memuaskan nafsu didakwa antara perkara tidak senonoh dilakukan oleh peserta yang menyertai satu program motivasi.

Menerusi pendedahan seorang lelaki, dia menceritakan pengalaman isterinya yang menyertai program tersebut pada 2019 yang mana dihadiri secara dalam talian sebelum menyertainya secara fizikal pada tahun lalu.

“Bagi saya, asalkan ia ilmu yang bagus dan beri manfaat. Tapi bila ada yang tidak kena dengan tatasusila orang Melayu Islam. Nampak tak berapa ‘best’ dan saya sering bertanya kepada isteri apa yang dia belajar.

“Dia selalu bercerita, rakan dalam kumpulan kelasnya memuaskan nafsu dengan kristal. Ia ‘dildo’ (alat permainan seks),” katanya.

Lelaki itu berkata demikian pada program audio siar atau ‘podcast’ dihoskan oleh penyanyi dan aktivis kemanusian, Caprice serta disiarkan pada YouTube.

Pendedahan itu turut mengejutkan Caprice dan dia juga bertanya dengan seorang wanita iaitu bekas pekerja syarikat penganjur bagi program motivasi tersebut.

“Ya betul, ia macam ‘dildo’ tapi fungsi sama,” katanya wanita yang turut dijemput pada program audio siar itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI