fbpx

Pemandu teksi OKU parah ditikam warga asing mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ZULKEFLI dirawat di HSI, Johor Bahru setelah mengalami kecederaan parah diserang lelaki warga asing bersenjatakan pisau.

PASIR GUDANG – Seorang pemandu teksi kelainan upaya (OKU) ditikam di perut dan peha kiri serta dikelar di pergelangan tangan kiri oleh seorang lelaki warga asing di kawasan asrama pekerja di Jalan Maju 1, Desa Cemerlang, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, mangsa, Mohd. Zulkefli Mydin, 40, mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Menurut isteri mangsa, Syakilla Sulaiman, 32, suaminya sedang menunggu penumpang di pondok teksi di Jalan Kenanga, Desa Cemerlang sebelum didatangi oleh beberapa orang warga asing dipercayai warga Myanmar dan Nepal dalam keadaan mabuk.

“Berlaku sedikit pertengkaran mulut antara mangsa dan warga asing tersebut sebelum mereka berlalu dari pondok teksi itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Syakilla berkata, tidak lama kemudian suaminya menghantar penumpang ke sebuah asrama pekerja di Jalan Maju 1 dan berjumpa semula dengan lelaki warga Myanmar yang telah membuat kacau sebelum itu.

Menurutnya, salah seorang daripada warga asing tersebut memanggil-manggil mangsa dengan nada provokatif dan apabila mangsa menghampiri mereka, dia telah diserang secara tiba-tiba menggunakan pisau.

Suri rumah itu berkata, suaminya terpaksa menjalani pembedahan lebih 10 jam akibat kecederaan dialaminya yang sangat kritikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI