fbpx

Jun Hao perlukan taktik lawan Lanier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUN HAO akan membuka kempen Terbuka Jepun menentang Lanier di pusingan pertama esok.

AKSI sukar bakal ditempuh perseorangan lelaki No. 1 negara, Leong Jun Hao pada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Tokyo bermula esok apabila dijadualkan bertemu jaguh Perancis, Alex Lanier.

Jun Hao perlu berada pada prestasi terbaik sekiranya dia mahu menewaskan juara bertahan berkenaan dan meneruskan kemaraan ke pusingan kedua pada saingan Jelajah Dunia Super 750 itu.

Pengarah kejurulatihan perseorangan negara, Kenneth Jonassen berharap anak buahnya itu mampu mengeluarkan corak permainan sebenar selain menerapkan taktikal yang betul ketika berdepan Lanier.

“Lanier merupakan pemain yang bagus dan corak permainannya juga sedikit berbeza berbanding sebelum ini. Dia tidak memberi banyak peluang kepada lawan selain menerapkan permainan pantas serta memiliki pukulan yang kuat.

“Oleh itu, ia akan menjadi satu perlawanan cukup mencabar buat Jun Hao dan dia perlu menggunakan taktik yang betul. Kami tahu sedikit sebanyak mengenai venue dan biasanya bulu tangkis agak perlahan,” katanya.

Kedua-dua pemain berkenaan tidak pernah bertemu sebelum ini selain aksi di pusingan pertama Terbuka Jepun akan menjadi pertemuan sulung buat pemain No. 8 dan 24 dunia itu.

Pada masa sama, Jonassen menganggap perlawanan itu akan menjadi peluang terbaik untuk menyesuaikan diri sebaik mungkin dengan corak permainan Lanier dalam usahanya mengintai peluang membenam juara Eropah tersebut.

“Secara keseluruhan, ia merupakan satu cabaran yang baik buat Jun Hao bagi mencari jalan bagaimana untuk mengatasi aspek fizikal serta corak permainan Lanier. Dia juga perlu tahu mengawal pergerakan bulu tangkis yang perlahan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI