PETALING JAYA – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kebocoran dokumen didakwa minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang tersebar dalam media sosial, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut, hari ini
“Laporan baru dibuat dan rakaman percakapan pengadu akan diambil hari ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Terdahulu, satu laporan polis difahamkan telah dibuat berhubung kebocoran dokumen didakwa minit mesyuarat JAC.
Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, tindakan hanya akan diambil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berdasarkan aduan orang ramai. – KOSMO! ONLINE