fbpx

Ular ‘tumpang’ rumah empat kali dalam sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NOR HAJAR menunjukkan tanah perkuburan dipenuhi semak samun bersebelahan rumahnya di Taman Pahlawan, Umbai, Jasin. (Gambar kecil: Ular yang bersembunyi di dalam bilik anak Siti Nor Hajar) - Foto oleh AMRAN ALI / KOSMO!

JASIN – “Anak saya tidur sekali dengan ular tanpa sedar!”, kata seorang suri rumah, Siti Nor Hajar Bidin, 50, yang mencerita detik cemas apabila rumahnya di Taman Pahlawan, Umbai dimasuki ular sebanyak empat kali dalam tempoh kurang sebulan.

Katanya, mereka sekeluarga baru sahaja berpindah ke rumah tersebut sejak awal bulan lalu, namun tidak menyangka akan melalui pelbagai pengalaman menakutkan seawal hari pertama menetap di situ.

“Memang trauma bila tahu rumah kami dimasuki ular pelbagai jenis, kami terpaksa panggil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebanyak tiga kali dalam tempoh sebulan.

“Paling membimbangkan, kejadian terbaru seekor ular hitam merayap di bawah katil anak berusia 23 tahun ketika dia sedang tidur dan saya terus menjerit apabila ternampak kelibat haiwan itu, mujur tak kena patuk,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Ujarnya, dia mengesyaki gangguan tersebut berpunca daripada sebuah rumah kosong di sebelah kediamannya serta kawasan semak samun berhampiran yang tidak dijaga,

“Saya pernah buat aduan dalam talian kepada Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) masa awal-awal pindah, tapi tak ada tindakan, malah minggu lepas saya adukan pula di Pejabat Daerah Jasin.

“Saya diami rumah ini bersama suami dan empat orang anak dan kami kini hidup dalam ketakutan setiap hari kerana bimbang akan menjadi mangsa patukan ular,” luahnya lagi.

Selain ancaman ular, kawasan itu turut berdepan masalah pembiakan nyamuk aedes yang banyak terutama pada waktu petang.

Masalah sama turut menjadi rungutan jiran-jiran berhampiran yang berharap agar pihak berkuasa segera turun padang sebelum ada penduduk yang menjadi mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI