fbpx

Agong santuni rakyat dalam suasana santai di Taman Botani Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan mengambil gambar bersama rakyat jelata yang hadir di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyantuni rakyat dalam suasana santai di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda berangkat tiba di taman rekreasi itu seawal pukul 7 pagi.

Sultan Ibrahim meluangkan masa beramah mesra serta berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat yang hadir untuk bersenam dan menikmati suasana pagi hujung minggu.

Baginda turut berjalan kaki mengelilingi kawasan taman sambil beramah mesra dengan orang ramai yang tidak melepaskan peluang merakam gambar kenangan bersama Seri Paduka Baginda.

Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dalam program santai itu jelas mencerminkan keprihatinan dan keterbukaan baginda dalam mendekati rakyat secara langsung tanpa sebarang protokol rasmi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI