fbpx

Diam-diam Shasha Abedul tamatkan zaman solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAIYAN berkongsi foto hari bahagia sahabat karibnya, Tasha yang melangsungkan pernikahan pagi tadi.

PETALING JAYA – Selepas tujuh bulan bertunang, pelakon Shasha Abedul selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Adam Ghazali pagi tadi.

Menerusi perkongsian video yang dikongsikan rakan baik, Daiyan Trisha memperlihatkan Shasha, 29, mengenakan busana rona putih sepadan dengan baju Melayu suami.

“Pergilah, berbahagialah Shasha dan Adam.

“Ku akan bersamamu selalu, sampai ke akhir hayatku,” katanya dalam hantaran tersebut.

Dipercayai majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya.

Rata-rata peminat teruja menerima perkhabaran tersebut dan menzahirkan ucapan tahniah kepada Shasha.

“Sebagai sahabat mesti Daiyan mengalirkan air mata di sebalik tetamu kan. Terharu sahabat bergelar isteri,” kata peminat.

“Alhamdulillah, sangat gembira dengan awak Shasha,” ujar pengikut.

“Comel macam budak-budak main kahwin-kahwin, tahniah,” tutur netizen.

Januari lalu, Shasha mengikat tali pertunangan namunenggan mendedahkan identiti jejaka bertuah itu.

Perkongsian tersebut mengejutkan peminat kerana awal tahun lalu Shasha mengakui masih solo dan mahu fokus kepada kerjaya terlebih dahulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI