fbpx

Penyokong benci, mula laung ‘Arteta Out’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA mendapat kecaman penyokong sendiri disebabkan kecenderungannya membeli pemain Chelsea. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta kini berdepan tekanan memuncak daripada sebahagian besar penyokong tegar pasukan itu yang mula mendesaknya agar melepaskan jawatannya bersama kelab itu.

Ia susulan kekecewaan peminat terhadap tindakan Arteta, 43, sering ‘menolong’ Chelsea dengan membeli ramai pemain seteru London itu sepanjang beliau berada di Arsenal sejak Disember 2019.

Keputusan terbaharu untuk membeli Noni Madueke secara tidak langsung membuatkan para peminat The Gunners hilang sabar kerana ini adalah pemain kelima Chelsea dibeli oleh Arteta.

Sejak dilantik, Arteta telah membelanjakan lebih £130 juta (RM747.11 juta) menyambar pemain-pemain Chelsea seperti Kai Havertz, Jorginho, Raheem Sterling (pinjaman) dan Kepa Arrizabalaga.

Para peminat mula menunjukkan protes dengan menconteng grafiti tertera kenyataan ‘Arteta Out’ selain turut membuat petisyen ‘No to Madueke’ sehingga menjadi trending di kebanyakan media sosial.

Kegagalan Arteta untuk melengkapkan perpindahan penyerang idaman, Viktor Gyokeres dari Sporting Lisbon juga membuatkan mereka bimbang pengendali itu memilih untuk membeli seorang lagi pemain Chelsea, Nicolas Jackson.

Ini disebabkan Chelsea telah membenarkan Jackson untuk berhijrah mencari kelab baharu selepas membeli dua penyerang baharu musim ini, Liam Delap dan Joao Pedro.

Sebagai rekod, pemain-pemain utama Arsenal kini sudah kembali menjalani latihan untuk menghadapi pramusim Jelajah Asia bermula aksi menentang AC Milan di Stadium Nasional Singapura pada 23 Julai ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI