fbpx

CAFA2025: Bukan sekadar ‘makan angin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENDEZ menjadi tenaga baharu yang bakal memperkuatkan Harimau Malaya menjelang saingan CAFA 2025 nanti. - FB JOHOR SOUTHERN TIGER

SKUAD Harimau Malaya dilihat mampu beri cabaran pada kempen Piala Negara-Negara Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) 2025 yang dijadualkan berlangsung di Tajikistan pada 28 Ogos hingga 8 September depan.

Menurut legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan kehadiran tujuh pemain berdarah warisan ‘gred A’ mampu membantu pasukan bersaing sengit dengan negara-negara berpengaruh di rantau Asia Tengah itu nanti.

Zainal yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap skuad kendalian Peter Cklamovski memanfaatkan sepenuhnya peluang berentap dengan beberapa gergasi bola sepak Asia itu untuk memacu pasukan agar lebih padu pada masa depan

“Bagi saya, ini adalah permulaan (pengambilan pemain berdarah warisan baharu). Ini sudah terbaik untuk kita bermula di satu tahap yang lebih jauh. Dengan permulaan ini, kita perlu mengambil sepenuhnya (peluang) dalam misi kita pergi lebih jauh.

“Sudah tentu kita perlukan kejohanan (Piala CAFA 2025) sebegini. Ini satu penghormatan dan penghargaan yang sudah diberikan kepada skuad kebangsaan.

“Saya lihat ini satu pertandingan yang begitu baik untuk persiapan dan peningkatan pasukan kebangsaan,” kata Zainal ketika ini.

Sebagai rekod, skuad negara telah memperkenalkan tujuh berdarah warisan baharu pada era revolusi bermula tahun ini seperti Hector Hevel, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Jon Irazabal dan tiga pemain di posisi serangan iaitu Imanol Machuca, Rodrigo Holgado dan Joao Figueiredo.

Seorang lagi tambahan pemain berdarah warisan yang berpotensi untuk dipanggil menyertai skuad kebangsaan adalah Nacho Mendez selepas disahkan sendiri oleh pasukannya, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada baru-baru ini.

Skuad negara yang menduduki ranking ke-125 dunia telah diundi dalam Kumpulan B pada Piala CAFA 2025 bersama juara bertahan yang juga pasukan nombor dua Asia, Iran selain tuan rumah, Tajikistan dan Afghanistan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI