fbpx

Helikopter terhempas: Paru-paru Devendran dijangkiti kuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAVINDRAN berkongsi keadaan adiknya, Devendran selepas melawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Konstabel R.G Devendran yang masih ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini kerana paru-paru dijangkiti kuman akibat dimasuki air ketika lemas.

Perkembangan terkini keadaan salah seorang lima kru helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dikongsikan abangnya, R.G Navindran, 39.

Menurutnya, dia menerima perkhabaran itu selepas menerima panggilan daripada Ketua Balai Polis Tanjung Kupang, semalam.

“Saya terkejut, tidak sangka kejadian seperti ini menimpa adik bongsu saya. Devendran memang minat untuk menjadi polis dan dia baharu berkhidmat setahun lebih.

“Doktor cuma maklumkan dia masih ditidurkan kerana jangkitan kuman dalam paru-paru, mungkin disebabkan dia lemas ketika kejadian. Mereka tidak menjanjikan apa-apa,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi HSA, di sini hari ini.

Navindran yang juga merupakan anggota polis dan sedang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen GeGePerak turut meminta rakyat Malaysia agar mendoakan keselamatan adik bongsunya itu.

Navindran merupakan salah seorang lima kru helikopter helikopter jenis AS355N, nombor pendaftaran 9M-PHG milik PDRM terhempas ke dalam Sungai Pulai, Gelang Patah di sini.

Helikopter itu terjatuh kira-kira pukul 10.24 pagi ketika melakukan Latihan Amal Pelbagai Hala Sekuriti Nuklear Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura 2025 (MITSATOM 2025) berhampiran Jeti Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI