fbpx
Siti Nurfitriah (hadapan, tengah) sebak sebaik dimaklumkan mayat Muhammad Amir Ashraf berjaya ditemui di tebing Sungai Beril, Paka, Dungun hari ini. (Gambar kecil: Muhammad Amir Ashraf dan Muhammad Aidil Amsyar)

Tak sangka anak mandi sungai, beritahu ke kedai roti canai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Ibu adik-beradik yang lemas di Sungai Berih, Paka tidak dapat menahan sebak sebaik dimaklumkan mayat salah seorang anaknya ditemui anggota pasukan penyelamat sebentar tadi.

Siti Nurfitriah Hasan, 35, hampir rebah sebaik menyaksikan mayat anak sulungnya, Muhammad Amir Ashraf Mohd. Zul-Zunaidi, 15, diangkat naik ke tebing sungai.

“Mereka (Muhammad Amir Ashraf dan adiknya, Muhammad Aidil Amsyar, 14,) tidak memberitahu mahu mandi sungai.

“Saya diberitahu mereka mahu ke kedai untuk makan (sarapan) roti canai, baru tahu hal sebenar selepas dimaklumkan seorang jiran tentang insiden lemas ini,” katanya ketika di temui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Siti Nurfitriah berkata, Muhammad Amir Ashraf dan adiknya, Muhammad Aidil Amsyar yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling, Marang baru pulang dari asrama pada kelmarin.

Dia berkata, mereka sekeluarga juga sepatutnya pulang ke kampung halaman suaminya, Mohd. Zul-Zunaidi Mohd. Baldin, 40, di Kelantan, esok untuk menyambut Hari Raya Aildiladha.

“Apapun ada reda mayat anak sulung (Muhammad Amir Ashraf) telah ditemui, harap adik menyusul segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN