WASHINGTON – Pencarian lebih 170 orang yang masih hilang selepas banjir kilat memusnahkan tengah Texas diteruskan pada hari ketujuh semalam, lapor portal berita CBS News.
Operasi mencari dan menyelamat diteruskan ketika jumlah kematian terus meningkat.
Sekurang-kurangnya 121 orang disahkan terkorban, demikian menurut penguatkuasa undang-undang tempatan dan Gabenor Texas, Greg Abbott.
Ribut dan hujan lebat pada minggu lalu menyebabkan air Sungai Guadalupe naik ke paras yang hampir tidak pernah berlaku sebelum menenggelamkan kawasan sekitarnya termasuk kem musim panas untuk remaja perempuan, Kem Mistik.
Menurut beberapa pegawai, terdapat 161 orang yang diketahui hilang di kawasan Kerr County sahaja.
Kawasan yang terletak di Texas Hill Country itu sering dilanda banjir.
Sekurang-kurangnya 10 orang lagi hilang di bahagian lain di negeri Texas. – AGENSI