fbpx

Op Fibre: SPRM sita hartanah RM620 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita beberapa hartanah dianggarkan bernilai lebih RM620 juta susulan siasatan Op Fibre melibatkan kelulusan pembiayaan pinjaman institusi perbankan.

Sisatan berkenaan dijalankan ke atas sebuah syarikat membabitkan projek pembangunan rangkaian fibre pada tahun 2012 bernilai kira-kira RM400 juta.

Menurut sumber sehingga kini, SPRM juga telah merakam percakapan sembilan saksi bagi membantu siasatan.

“Hartanah yang disita ini seperti banglo, kondominium, premis pejabat, lot tanah dan kelab golf yang terletak di sekitar Lembah Klang berjumlah kira-kira RM620 juta di mana suspek juga dipercayai pemegang saham dalam kelab golf tersebut, selain menyita empat unit kenderaan mewah yang bernilai kira-kira RM2 juta.

“Sehingga kini, SPRM juga membekukan sebanyak 72 akaun yang meliputi akaun persendirian dan syarikat berjumlah melibatkan nilai kira-kira RM390,000,” katanya hari ini.

Pada 30 Jun lalu, SPRM telah menahan reman seorang pengarah syarikat bergelar Datuk Wira kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram bernilai kira-kira RM75 juta.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut.

“Notis Pengisytiharan Harta di bawah S.36(1) Akta SPRM 2009 akan diserahkan kepada suspek dan 23 individu mulai 10 Julai 2025,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI