fbpx
INILAH rantai emas yang rupanya palsu, dihadiahkan kepada mangsa pada majlis perkahwinan mereka dahulu.

Hadiah kahwin rupanya emas palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Selepas 17 tahun, seorang ibu tunggal baru mengetahui barang kemas yang dihadiahkan bekas suaminya pada majlis perkahwinan mereka dahulu sebenarnya palsu.

Barang kemas itu berupa tiga utas rantai emas dan satu gold bar yang kononnya berharga berbelas-belas ribu ringgit.

Alice, 45, berkata, dia kecewa apabila barang kemas yang selama ini disimpan rupanya palsu.

Dia hanya mengetahui perkara itu selepas ingin menggadaikannya.

“Saya telah bercerai dengan bekas suami pada 2022 dan kini menjaga seorang anak lelaki berusia 14 tahun. Baru-baru ini saya dilanda beberapa ujian termasuk terlibat kemalangan dan berdepan masalah kewangan.

“Jadi, saya mahu gadaikan tiga utas rantai emas pemberian bekas suami dahulu, tetapi apabila diperiksa di kedai, tidak sangka kesemuanya palsu dan tiada nilai,” katanya ketika ditemui di Ayer Keroh di sini semalam.

Gold bar ini juga didapati palsu.

Alice menganggap kejadian yang berlaku sebagai pengajaran kepada dirinya serta golongan wanita supaya lebih berhati-hati dalam menerima barang kemas daripada sesiapa pun termasuk suami.

“Saya anggap ini ujian dan bukan rezeki, tetapi wanita lain mungkin boleh mengambil iktibar daripada kejadian ini supaya memeriksa ketulenan barang kemas masing-masing.

“Barang kemas ini amatlah penting kepada golongan wanita, ia adalah harta yang boleh diwa­risi dan digunakan dalam kea­daan terdesak,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN