fbpx

EPL: Diaz hampir pasti tinggalkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIAZ turut menjadi buruan Al-Nassr dari Arab Saudi selain Barcelona dan Bayern juga berminat mengikatnya. - AFP

LIVERPOOL – Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool didakwa berdepan dilema untuk membenarkan pemain sayap lincahnya, Luis Diaz berhijrah menyertai pasukan lain dalam jendela perpindahan ketika ini.

Difahamkan, Diaz kini menjadi buruan dua gergasi Eropah iaitu juara Jerman, Bayern Munich dan Barcelona, namun segalanya bergantung kepada harga yang akan ditetapkan oleh Liverpool.

Pemain sayap Colombia itu sebelum ini pernah mendedahkan bahawa dia tidak menolak kemungkinan untuk merasai pengalaman baharu meskipun selesa dengan kehidupannya di Anfield.

“Kami masih dalam proses rundingan, berbincang dengan kelab dan semua orang yang sedang menghubungi kami. Saya tenang di mana saya berada sekarang kerana saya gembira di sini,” kata Diaz.

Barcelona dikatakan telah menjadikan Diaz sebagai sasaran utama selepas mereka gagal mendapatkan khidmat Nico Williams yang memilih untuk melanjutkan kontrak baharu bersama Athletic Club.

Penyerang buangan Manchester United, Marcus Rashford juga dipercayai berada dalam radar Barcelona seandainya skuad bimbingan Hansi Flick itu gagal membeli Diaz.

Bayern juga antara kelab berminat meskipun pengendalinya, Vincent Kompany lebih memberikan tumpuan kepada pemain sayap Chelsea, Christopher Nkunku.

Sebagai rekod, Liverpool dikatakan telah meletakkan tanda harga sebanyak £71 juta (RM409.87 juta) buat Diaz. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI