fbpx

Keluarga rayu bebas anak di Laos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishamuddin (tengah) bersama ahli keluarga mangsa yang terpedaya dengan sindiket permerdagangan manusia di pejabat MHO, hari ini.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa kerajaan bertindak segera menyelamatkan empat rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Zon Ekonomi Khas Segi Tiga Emas, sempadan Laos-Kemboja.

Semua mangsa yang berusia 20 hingga 24 tahun itu dikatakan ditipu dengan ejen tempatan yang menawarkan kerja sambilan di kasino.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, mangsa kini ditahan polis dan dipaksa membayar semula kerugian syarikat berjumlah kira-kira USDT 900,000 (RM4 juta) yang dipercayai dicuri ejen tersebut.

“Mereka dibawa ke sana oleh seorang ejen tempatan yang kemudian dipercayai mencuri wang syarikat berjumlah kira-kira USDT 900,000 (lebih RM4 juta).

“Apabila penipuan itu terbongkar, majikan di Golden Triangle bertindak menahan keempat-empat mangsa dan memaksa mereka membayar semula wang berkenaan walaupun mereka tidak terlibat,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), di sini hari ini.

Mangsa kini ditahan oleh polis swasta yang berkomplot dengan syarikat di kawasan berkenaan sementara keluarga di Malaysia terpaksa menanggung tekanan untuk membayar ‘tebusan’.

Sementara itu, Tham Ah Moi, 63, ibu kepada salah seorang mangsa berkata, anaknya ditipu dengan tawaran gaji lumayan untuk bekerja di Kemboja.

“Anak saya memaklumkan bahawa dia telah ditawarkan gaji yang lumayan jika dia bersetuju untuk ikut bekerja ke Kemboja.

“Dia (anak) pergi ke sana bersama seorang lagi rakannya yang mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk berkerja.

“Namun, mereka berdua telah diperangkap dan ditipu oleh ejen yang membawa mereka ke sana jadi mereka merayu kepada pihak berkuasa atau mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk segera mengeluarkan mereka dari tempat tahanan itu,” katanya.

Sebagai langkah awal, MHO memaklumkan akan menghantar surat rasmi kepada Wisma Putra serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia untuk meminta campur tangan dan perhatian segera terhadap kes ini.

Ahli keluarga mangsa merayu pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan anak-anak mereka yang ketika ini masih lagi ditahan di lokap Golden Triangle, Laos. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI