KUALA LUMPUR – Masa depan ASEAN tidak akan ditentukan oleh kuasa luar, tetapi ia mesti dilaksanakan dengan tekad dan kolektif daripada negara-negara anggota di rantau ini.
Menteri Luar, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sehubungan itu ASEAN digesa memastikan peraliran ke arah Wawasan Komuniti ASEAN 2045 berjalan lancar dalam berdepan ketidaktentuan masa hadapan.
“Masa depan kita tidak akan ditentukan oleh kuasa luar, tetapi oleh tekad kolektif. Kita mesti memastikan peralihan yang lancar daripada ASEAN 2025 kepada ASEAN 2045, masa depan bersama kita.
“Kerja mesti dimulakan sekarang. Semua badan sektoral, institusi dan mekanisme ASEAN perlu mula menyelaraskan keutamaan masing-masing bagi menyokong pelaksanaan keputusan terkini dan ASEAN 2045,” katanya.
Beliau berkata demikian ucapan pembukaan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (Sesi Plenari) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE