fbpx

ASEAN gesa SAC tunai janji, selesaikan krisis di Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad bergambar bersama menteri-menteri luar ASEAN pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (Plenari), di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di ibu negara hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Krisis kemanusiaan dan politik yang berlarutan di Myanmar terus menjadi perhatian dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (Sesi Plenari), di sini, hari ini apabila ASEAN menggesa semua pihak agar segera melaksanakan tindakan konkrit demi menghentikan penderitaan rakyat negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ASEAN menyuarakan kekecewaan terhadap kegagalan melihat sebarang kemajuan di lapangan (Myanmar) walaupun pelbagai usaha telah digerakkan oleh negara-negara anggota sejak krisis tercetus.

“Walaupun ASEAN telah berusaha secara berterusan, kita masih belum melihat sebarang perkembangan yang positif di Myanmar. Kelewatan mencapai perdamaian hanya memanjangkan penderitaan rakyat dan mengancam keselamatan rantau ini.

“Kita menggesa supaya segala pengisytiharan gencatan senjata diterjemahkan kepada tindakan yang konkrit,” katanya.

Tegasnya, ASEAN menyeru semua pihak berkepentingan, khususnya Majlis Pentadbiran Negara (SAC) sebagai pihak berkuasa ‘de facto’ untuk benar-benar komited ke arah keamanan dan mewujudkan persekitaran kondusif bagi pelaksanaan pilihan raya selaras aspirasi rakyat Myanmar.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, ASEAN menegaskan komitmen berterusan untuk membantu Myanmar keluar daripada krisis yang mencengkam negara itu sejak rampasan kuasa tentera pada Februari 2021.

Katanya, pendekatan ASEAN adalah jelas dengan penyelesaian mesti dipimpin oleh rakyat Myanmar sendiri dan bukannya campur tangan asing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI