fbpx

Tingkap kereta api bersepai dibaling batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Widya sedang duduk di kerusi ketika sekumpulan individu melempar batu dari luar. - Instagram

JAKARTA – Seorang penumpang perkhidmatan Kereta Api Indonesia (KAI) mengalami detik cemas apabila cermin tingkap kereta api pecah gara-gara dilempar batu oleh sekumpulan individu, lapor laman berita Lambe Turah hari ini.

Kejadian berlaku kelmarin sekitar pukul 10.45 malam (waktu tempatan) ketika kereta api berkenaan dalam perjalanan dari Jogjakarta ke Surabaya.

Dalam sebuah video tular, wanita bernama Widya Anggraini sedang duduk di kerusi bernombor 4C dan 4D dalam Koc 2 sambil membaca buku.

Secara tiba-tiba, sebutir batu dilempar dari luar, menyebabkan cermin tingkap pecah dan serpihannya mengenai muka Widya.

Lubang pada tingkap dapat dilihat dengan jelas, manakala Widya menahan kesakitan.

Menurut laporan, petugas KAI memberi bantuan kecemasan sebelum mangsa dikejarkan ke hospital terdekat.

Terdapat serpihan kaca memasuki mata wanita tersebut dan dia dirujuk ke hospital pakar mata di Surabaya keesokan harinya untuk rawatan lanjut.

Tidak dinyatakan keadaan Widya ketika ini, namun syarikat PT KAI dalam satu kenyataan memohon maaf atas insiden tersebut.

Menurutnya, ia akan memberi pampasan kepada mangsa. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI