fbpx

Doa seluruh Malaysia mengiringi Putri Qisya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putri Qisya Nur Izzat ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar hari ini.

PETALING JAYA – Seluruh negara menzahirkan rasa simpati dan mendoakan kekuatan buat Putri Qisya Nur Izzat, 12, yang kehilangan ibu bapa serta empat adik-beradiknya serentak selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Korok di Jitra, Kedah hari ini.

Kehilangan sekelip mata itu nyata memberi tamparan hebat buat kanak-kanak tersebut yang kini hanya mampu berserah kepada takdir Ilahi.

Difahamkan, sebelum menerima berita duka itu, Putri Qisya dikatakan bermimpi arwah bapanya seolah-olah memberi pesanan terakhir pada awal pagi tadi sebelum menerima berita kematian mereka.

Meninjau ke ruangan komen di media sosial, rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak dan mendoakan agar Putri Qisya terus kuat berdepan ujian berat itu.

“Salam takziah. Mak cik doakan semoga awak kuat dik. Semoga semua urusan awak dimudahkan Allah. Berjaya dunia dan akhirat,” kata Basitah Ismail.

“Tenang je muka anak arwah..semoga kekal kuat dan tabah ye sayang,” kata Ila pula.

“Semoga Allah permudahkan urusan hidupmu dik..menjadi anak yang kuat dan tabah..menjadi anak yang soleh. Sedihnya,” ujar Rasna Yunus.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan enam beranak ditemukan lemas selepas kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Korok.

Mereka ialah pasangan suami isteri, Mohammad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat anak iaitu Putra Rayyan Nur Izat, 9, Hawa Adriana, 8, Anayla Huma’ira, 7, dan Tuah Haidar, enam bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI