JAKARTA – Seorang pencipta kandungan laman sosial mengundang perhatian orang ramai kerana mengadakan siaran langsung di laman Facebook sambil memandu sebuah lori sebelum terlibat dalam kemalangan, lapor portal berita Sulsel Satu.
Kemalangan berlaku berhampiran Pergunungan Santigi, wilayah Sulawesi Tengah pada 2 Jun lalu.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan wanita dikenali sebagai Sithik itu sedang memandu sebuah lori membawa muatan 20 tan beras.
Sithik juga sempat membuat siaran langsung dan berinteraksi dengan pengikutnya.
Situasi bertukar cemas apabila lori tersebut mengalami masalah brek ketika melalui jalan berliku, menyebabkan dia hilang kawalan dan akhirnya terbabas.
Masih belum jelas keadaan Sithik.
Rakaman ditu mencatatkan lebih 335,200 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Jangan sibuk buat ‘live’ sambil memandu,” kata seorang netizen.
“Sebelum nasihat orang lain, nasihat dulu diri sendiri,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI