fbpx

Pemuda maut tercampak, Yamaha NVX bertembung Honda Jazz sebelum terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditunggang kemalangan di Kilometer 46 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, Kota Tinggi, pagi tadi.

KOTA TINGGI – Seorang pemuda maut selepas motosikal Yamaha NVX ditunggang terlibat kemalangan sebelum terbakar di Kilometer 46 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Hafuzul Fiqrie Mohd Shaifulsham, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pukul 5.15 pagi melibatkan motosikal jenis Yamaha NVX ditunggang mangsa dan kereta Honda Jazz.

“Kemalangan berlaku apabila motosikal tersebut masuk laluan bertentangan dan berlanggar dengan kereta tersebut. Motosikal tersebut kemudian terbakar.

“Akibat kemalangan itu penunggang terbabit yang tercampak ke tepi jalan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Menurutnya, pemandu kereta yang berusia 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan untuk membantu siasatan.

Tambahnya, kes masih dalam siasatan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima hingga 10 tahun.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI