JITRA – Sebuah kereta ditemukan dalam keadaan tenggelam di Sungai Korok, di sini hari ini.
Walau bagaimanapun jenis kereta tersebut dan sama ada terdapat mangsa masih belum dapat dipastikan.
Orang ramai mula memenuhi lokasi tersebut pada pagi ini.
Kosmo! Online malam tadi melaporkan seorang wanita tidak menyangka pertemuan bersama abang dan keluarganya pada malam Jumaat lalu menjadi detik terakhir mereka dilihat sebelum menghilang tanpa jejak keesokan harinya.
Kehilangan pasangan suami isteri dan empat anak mereka itu membingungkan keluarganya yang berusaha menjejaki mereka sejak semalam setelah tidak pulang ke rumah di Jerlun.
Wanita berkenaan, Nur Adliah Shuhada Ishak, 20-an, berkata, abangnya, Mohd. Azim Ezzat, 32, bermalam di rumahnya di Taman Aman di sini bersama isteri, Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, dan empat anak mereka yang berusia 9, 8, 7 tahun dan enam bulan. – KOSMO! ONLINE