fbpx

Had makan durian 3 ulas sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian mengenai kalori dalam setiap jenis durian di Facebook Public Health Malaysia

PETALING JAYA – Ramai tidak sedar, seulas durian yang kecil sebenarnya boleh mengandungi jumlah kalori dan gula yang hampir menyamai satu mangkuk nasi putih bersama air manis.

Public Health Malaysia (PHM) memaklumkan, walaupun durian hanya dianggap sebagai buah, hakikatnya, kandungan kalorinya adalah tinggi dan perlu diambil secara sederhana.

“Sebagai contoh, seulas durian Musang King mengandungi 59 kilokalori (kcal) bersamaan kira-kira dua sudu teh gula.

“Varieti Kradum dari Thailand pula lebih tinggi iaitu 74 kcal atau dua setengah sudu teh gula, manakala durian kampung mencatat 29 kcal iaitu kira-kira satu sudu teh gula,” jelasnya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut PHM lagi, pengambilan empat hingga lima ulas durian premium boleh menyebabkan jumlah kalori dalam badan menyamai hidangan berat seperti sepinggan nasi dan minuman manis.

Jelasnya, untuk individu dewasa yang sihat, dua hingga tiga ulas sehari sudah mencukupi manakala mereka yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi atau masalah buah pinggang disarankan mengehadkan kepada hanya seulas.

“Pilihlah varieti kurang manis seperti D24 atau durian kampung, dan elakkan makan bersama makanan berat atau kuih manis.

“Durian bukan musuh, tapi bila dimakan secara berlebihan, ia bukan lagi nikmat, tapi beban,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI