fbpx

CWC: Real tidak sabar uji PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KYLIAN Mbappe turut mencetak namanya sebagai penjaring dengan meledak gol kemenangan ketika Real mengesahkan tempat ke separuh akhir CWC. - AFP

NEW YORK – Pengurus Real Madrid, Xabi Alonso sudah tidak sabar untuk melihat kemampuan pasukannya menentang juara Eropah, Paris Saint-Germain di pentas separuh akhir Piala Dunia Kelab (CWC) Khamis ini.

Los Blancos meneruskan kecemerlangan apabila muncul empat pasukan terbaik kejohanan selepas menyingkirkan Borussia Dortmund 3-2 pada saingan suku akhir di Stadium MetLife, awal pagi semalam.

Kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan di venue sama di mana mereka masih lagi dilabel pilihan untuk mara ke final, namun Alonso menganggap kejayaan ke atas Dortmund menjadi langkah awal kepada misi julang kejuaraan kali ini.

“Kali ini kami menentang pasukan (Borussia Dortmund) yang sudah pun mara jauh di Liga Juara-Juara dan selepas ini kami akan berdepan juara. Jadi, ini adalah satu lagi langkah kecil kami dalam projek baharu yang kami mulakan,” kata Alonso.

Kualiti yang ada pada PSG yang menang 5-0 ke atas final Liga Juara-Juara serta menyingkirkan Bayern Munich pada suku akhir Piala Dunia Kelab kali ini memberikan cabaran besar buat Real untuk tampil lebih kukuh.

Alonso sendiri sedar kemampuan yang bakal diberikan oleh PSG dan mahu anak buahnya sentiasa waspada untuk berdepan apa juga cabaran selepas ini.

“Ia akan menjadi cabaran besar buat kami. Kami boleh buat lebih baik lagi dan sekarang kami kena ambil perkara positif sebelum memikirkan tentang perlawanan separuh akhir,” kata Alonso. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI