fbpx

Longkang penuh sampah, premis degil dikompaun DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kesalahan yang dilakukan oleh pemilik premis yang dikompaun oleh DBKL dalam Operasi Anti Litter, semalam.

PETALING JAYA – Sebanyak 50 kompaun dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Operasi Penguatkuasaan Kebersihan di sekitar kawasan komersial di Taman Bukit Anggerik, Kuala Lumpur.

Menurut DBKL, antara kesalahan dikesan termasuk meletakkan barang niaga di tempat awam tanpa kebenaran, membuang sampah merata-rata termasuk di dalam longkang, serta menyekat aliran air dengan pelbagai bahan buangan.

“Tindakan ini bukan semata-mata untuk menghukum, sebaliknya bertujuan mendidik dan menyedarkan semua pihak bahawa menjaga kebersihan bukanlah tanggungjawab pihak berkuasa semata-mata.

“Dalam operasi ini juga, tindakan dikenakan terhadap beberapa peniaga yang masih berdegil meletakkan barang niaga sehingga menghalang laluan pejalan kaki, sekali gus menimbulkan kesulitan kepada orang ramai,” kata DBKL dalam satu kenyataan di muat naik di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, DBKL mengingatkan semua peniaga agar tidak mengambil sikap sambil lewa mengenai isu kebersihan premis ketika menjalankan perniagaan.

“Kepada semua peniaga di luar sana, menjaga kebersihan merupakan salah satu tanggungjawab anda dalam menjalankan sebarang aktiviti perniagaan.

“Janganlah suka mengambil sikap sambil lewa dalam menjaga kebersihan di premis perniagaan anda,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI