fbpx

P Diddy nak balas dendam pada JLo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DIPENJARA 20 tahun atas dua tuduhan melibatkan pelacuran, mogul muzik Sean Diddy Combs atau P Diddy didakwa mahu membalas dendam terhadap beberapa individu yang tidak memberikan sokongan terhadapnya.

Penerbit muzik berusia 55 tahun yang sebelum ini berdepan pelbagai pertuduhan disebut-sebut menjadikan penyanyi juga bekas kekasihnya, Jennifer Lopez sebagai sasaran utama.

Lopez dan Diddy menjalin cinta selama dua tahun bermula 1999.

Sikap berdiam diri Lopez atau JLo mencetuskan kemarahan Diddy yang beranggapan individu terdekat dengannya itu langsung tidak bersuara bagi membela dirinya.

“Diddy percaya bekas kekasihnya perlu membalas budi atas kerjaya seninya yang memuncak disebabkan pengaruhnya dan harus menunjukkan dokongan ketika dia dalam kesulitan.

“Jadi Diddy sudah menyusun rancangan untuk membalas dendam terhadap sesiapa sahaja yang mengkhianatinya. Dia bersumpah akan mengejar mereka jika keluar penjara nanti terutama Lopez,” dedah sumber. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI