fbpx

Kancil merah ‘parkir’ dalam longkang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil terjatuh ke dalam longkang besar.

PETALING JAYA – Sebuah kereta Perodua Kancil berwarna merah yang terjatuh ke dalam longkang besar berhadapan sebuah restoran di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka mencuri perhatian ramai.

Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Rizqirozi, kelihatan kenderaan tersebut ‘tersangkut’ dalam longkang berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kejadian tersebut.

“Macam mana dia parkir tempat sempit macam itu.. Powerlah ‘skill’ (kemahiran) parkir dia,” komen Revo.

“Dah bosan sangat ikut jalan raya sebab banyak lampu isyarat.. nak jalan sungai pula lah,” seloroh Eyla.

“Alamak, mana lesen dia ambil ni. Mantap parkir yang amat baik. Ajar saya parkir macam ini boleh,” kata Huzaifah.

Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 30,000 jumlah tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI