fbpx

Hamidin terus dapat pengiktirafan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN (tengah) sebelum ini dipilih untuk menggalas jawatan Presiden Kehormat FAM. - FARIZ RUSADIO

SHAH ALAM – Mantan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin terus mendapat pengiktirafan apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Jasamu Dikenang pada Majlis Anugerah Sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2024.

Anugerah berprestij itu diberikan sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar Hamidin dalam pembangunan bola sepak Malaysia, termasuk memperkasakan peranan institusi pengajian tinggi dalam ekosistem sukan negara.

“UiTM menjadi antara institusi yang menerima limpahan manfaat daripada visi dan kepimpinan beliau. Antara sumbangan signifikan Tan Sri Hamidin termasuklah pengiktirafan UiTM sebagai Pusat Kecemerlangan Bola Sepak pada tahun 2010.

“Beliau turut memainkan peranan penting dalam penubuhan Akademi Bola Sepak Negara KPT-UiTM-FAM, pelantikan panel penasihat sukan universiti serta pelaksanaan pelbagai kursus kejurulatihan, pengurusan sijil bola sepak dan program pembangunan bola sepak peringkat IPT (Institut Pengajian Tinggi) menerusi kerjasama strategik antara FAM dan UiTM,” menurut kenyataan FAM.

Sebelum ini, Hamidin dikurniakan gelaran Presiden Kehormat FAM pada Kongres Luar Biasa FAM Pertama 2025 dan pemilihan itu dibuat atas kredibiliti, pengalaman serta sumbangan besar beliau terhadap pembangunan bola sepak tanah air dan antarabangsa selama lebih 30 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI