fbpx

Barang diterima berbeza, ‘rider’ pula yang dicekik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pekerja kurier itu dipukul dan dicekik oleh seorang lelaki kelmarin. - TikTok

JAKARTA – Sepasang suami isteri di Madura, wilayah Jawa Timur menerima kecaman ramai apabila membelasah dan merampas wang seorang pekerja kurier selepas barang yang diterima tidak sama dengan apa yang dipesan, lapor portal berita NTV. 

Kejadian berlaku di Desa Dasok dekat daerah Pademawu kelmarin. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @maduraundercover menunjukkan pekerja terbabit dipukul sehingga giginya dipenuhi darah. 

Dia bukan sahaja ditengking, malah dicekik. 

Lebih mengejutkan, si isteri nekad mengambil dompet mangsa dan merampas sejumlah wang. 

“Saya hanya pekerja kurier yang menghantar barang,” kata mangsa yang dikenali sebagai Irwan semasa kejadian. 

Irwan segera melaporkan perkara itu kepada polis. 

Ketua Polis Pamekasan, Asisten Komisioner Hendra Eko Triyulianto mengesahkan bahawa penyerang telah ditahan, manakala siasatan sedang giat dijalankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI