fbpx

Dividen KPF 2024 6%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada barisan perwakilan yang menghadiri MAPT KPF Ke-44 baru-baru ini.

PETALING JAYA – Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) mengumumkan agihan dividen sebanyak enam peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) KPF Ke-44 baru-baru ini.

Ia melibatkan pembayaran keseluruhan berjumlah RM129 juta kepada 253,371 anggota KPF di seluruh negara.

Dividen tersebut mencerminkan pertumbuhan positif prestasi kewangan KPF hasil daripada aktiviti perniagaan dan pelaburan dalam pelbagai sektor, yang berjaya mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM141 juta, berbanding RM52 juta pada tahun sebelumnya.

Dalam mesyuarat berkenaan, KPF turut memaklumkan pelaksanaan pelan rasionalisasi aset pelaburan yang telah dirangka bagi memenuhi permintaan pengeluaran modal syer oleh anggota, di samping menjana pendapatan mampan jangka panjang melalui penjualan aset-aset perladangan dan aset hartanah yang tidak berpotensi serta penstrukturan aset pelaburan dalam syarikat bersekutu.

Pengerusi KPF, Datuk Mohd. Banuri Aris berkata, pelan ini bukan sahaja dirangka untuk menyantuni obligasi pengeluaran modal syer anggota, malah menjadi strategi jangka panjang bagi menyusun semula struktur aset KPF secara lebih mampan, efisien dan strategik. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI