fbpx

Kompaun RM2,000 minum arak di pantai, taman rekreasi, padang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Pantai, taman rekreasi, taman permainan kanak-kanak dan padang awam merupakan tempat yang dilarang meminum minuman keras.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, larangan ke atas empat tempat awam itu bertujuan menjaga ketenteraman awam dan menghormati sensitiviti masyarakat setempat.

“Kita tidak mahu kawasan yang sepatutnya menjadi ruang rekreasi dan keluarga dicemari dengan tingkah laku tidak bermoral,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Menurut beliau, aktiviti itu kebiasaannya berlaku pada waktu malam dengan botol-botol kosong ditinggalkan sehingga menimbulkan rungutan dalam kalangan penduduk dan pengguna.

Katanya, pihak berkuasa akan mengenakan tindakan serta-merta termasuk kompaun RM2,000 kepada mereka yang ingkar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI