fbpx

‘Yusry pendiam, nak ajak bergambar pun segan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESKI sudah lama kenal, Azza mengakui segan berkomunikasi dengan Yusry.

PETALING JAYA – Pelakon dan anggota kumpulan Elite, Azza mengakui segan berkomunikasi dengan penyanyi terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim yang disifatkan sebagai lelaki pendiam.

Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari berkata, dia tidak akan sesekali berbual dengan Yusry sekiranya tiada perkara penting untuk dibicarakan.

“Kalau nak borak dengan Datuk Yusry memang segan sebab dia pendiam.

“Nak tanya ‘abang nak gambar boleh?’ pun memang tak terkeluar, segan.

“Kalau tak ada apa-apa nak cakap memang tidaklah bercakap,” katanya dalam platform Thread baru-baru ini.

Menurut Azza lagi, dia turut menjaga batas pergaulan dengan Yusry kerana rasa hormat terhadap isteri komposer itu iaitu Datin Lisa Surihani.

“Saya menghormati Lisa. Saya pun tak gemar orang cakap dengan suami saya.

“Oleh itu, jangan suka-suka cakap dengan suami orang walaupun mereka bos kita,” katanya lagi.

Dalam masa sama, dia tetap menitipkan ucapan terima kasih kepada Yusry kerana banyak membantunya dalam hal melibatkan persembahan, nyanyian dan kesudian berduet dengannya untuk konsert GenKRU di Singapura baru-baru ini.

“Apa pun, terima kasih Yusry sebab ajar menyanyi untuk bahagian saya dan berduet sekali,” kongsinya.

Dalam ruangan komen, rata-raya netizen turut sependapat dengannya termasuk perasaan segan untuk berbual dengan lelaki berstatus suami orang.

“Setuju dengan Azza, bukan semua isteri suka perempuan lain berbual dengan suami mereka, apa pun Yusry pernah jadi kegilaan satu Malaya dulu.

“Betul dan respek cara Azza. Selamat maju jaya untuk konsert bulan September nanti,” komen netizen.- HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI