fbpx

Reman pemandu bot terbalik di Pulau Perhentian disambung sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu bot (dua dari kanan) disambung reman sehari lagi untuk membantu siasatan kes berkaitan dadah di Mahkamah Majistret Besut hari ini.

BESUT – Perintah reman terhadap pemandu bot yang terlibat dalam insiden bot terbalik di Pulau Perhentian sehingga mengorbankan tiga pelancong pada Sabtu lalu di sambung sehari lagi sehingga esok.

Permohonan sambungan reman terhadap lelaki berusia 22 tahun tersebut dibenarkan Majistret Nurliyana Md. Zukri di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Suspek yang positif dadah jenis Benzodiazepine sewaktu menjalani ujian urin selepas tragedi berlaku disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1957.

Kosmo! kelmarin melaporkan bot dipandu suspek yang membawa 15 penumpang berusia antara tiga hingga 40 tahun terbalik akibat dipukul ombak besar berhampiran Pulau Perhentian Besar, dekat sini.

Kejadian pada pukul 10.30 malam itu mengorbankan S. Arumugam, 40, dan anaknya, A. Sarrvihka, 3, serta V. R. Vennpani , 10, manakala seorang lagi mangsa kritikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI