fbpx

Pemuda didenda RM10,000 pindah 80 ekor kambing tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surenthiran (kiri) mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar hari ini.

KUALA KANGSAR – Seorang pemandu lori mengaku salah memindah 80 ekor kambing hidup tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak Mahkamah Majistret di sini hari ini.

R. Surenthiran, 28, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Shazmeer Zamhari.

Majistret menetapkan pemuda tersebut didenda RM10,000 dan memerintahkan lelaki itu dilucutkan hak hasil jualan 80 ekor kambing berkenaan berjumlah RM31,178.40 manakala lori akan dikembalikan selepas denda dibayar.

Mengikut pertuduhan, Surenthiran didakwa memindahkan 80 ekor kambing hidup dari Taiping ke Klang, Selangor dengan menggunakan kenderaan lori tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah JPV.

Berdasarkan fakta kes, kesalahan itu dikesan dilakukan di tepi Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Tol Kuala Kangsar pada pukul 8.24 malam bertarikh 22 Januari lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Perintah 4(1)(a) Perintah Haiwan (Kawalan dan Pembasmian Contagious Abortion serta Penyakit Kuku dan Mulut) 2003 yang dibaca bersama Subseksyen 36(1)(c)(i) Akta Binatang 1953 yang membawa hukuman denda maksimum RM15,000.

Sebelum itu Surenthiran yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum kerana ia merupakan kesalahan pertamanya dan sedang menyara ibu serta adik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI