fbpx

Pearly-Thinaah kekal sikap profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kanan) dan Thinaah akan turun menghadapi Terbuka Jepun bermula 15 hingga 20 Julai ini.

GAMBARAN awal menunjukkan beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah akan menandatangani kontrak baharu dan terus kekal di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Ia berikutan kenyataan ketua jurulatih beregu wanita kebangsaan, Rosman Razak yang menjelaskan, kedua-dua anak buahnya itu langsung tidak ‘buat perangai’ sepanjang tempoh rundingan kontrak bersama BAM.

Beliau berkata, Pearly-Thinaah memberikan sepenuh komitmen ketika menjalani sesi latihan selain kemelut kontrak yang membelenggu langsung tidak memberi kesan kepada beregu No. 3 dunia itu.

“Itu saya tidak tahu (Pearly-Thinaah kekal) tetapi saya hanya bercakap mengenai bahagian sendiri. Saya hanya fokus kepada latihan mereka serta kejohanan yang melibatkan kedua-dua pemain itu.

“Kalau (berhubung kontrak) itu ada masalah, saya akan bersuara tetapi setakat ini, tidak ada sebarang masalah dengan saya. Dari segi latihan, langsung tidak ada kesan mengganggu,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Tambahnya, prestasi turun naik Pearly-Thinaah adalah perkara biasa dalam sukan selain menjelaskan, bekas juara Terbuka Perancis itu sentiasa menunjukkan kemahuan tinggi.

“Kalau kata mereka tidak ada kemahuan, susah. Kemahuan itu ada tetapi (prestasi) turun naik perkara biasa dan ia tidak mengganggu saya dalam proses ini,” ujar Rosman.

Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebelum ini mengumumkan pihaknya memberikan tempoh sehingga sebelum Terbuka Jepun yang bermula 15 hingga 20 Julai ini bagi menyelesaikan isu kontrak tersebut.

Sepanjang saingan musim ini, Pearly-Thinaah sudah meraih satu gelaran pada Terbuka Thailand selain dua kali naib juara ketika beraksi di Indonesia Masters dan Terbuka Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI