fbpx

Lembaga Kemajuan Wilayah perlu fokus bangun ekonomi, perkukuh pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid berucap pada Majlis Perhimpunan Bulan Julai Kementerian KKDW di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu semua lembaga kemajuan wilayah (LKW) memfokuskan semula kepada membangunkan ekonomi tempatan, memperkukuh pendidikan dan menyelaras pembangunan secara sistematik.

Ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulan Julai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), beliau turut bertanya apakah peranan sebenar LKW dalam ekosistem pembangunan luar bandar ketika ini.

“Saya lihat sekarang, LKW buat macam-macam. Ada yang kadang tidak kena dengan asas penubuhannya. Bila saya teliti, kita perlu ‘revisit’ peranan sebenar LKW.

“Jangan kita hilang arah. Jangan kita letih merancang pelbagai program, tetapi akhirnya tidak mengena kepada sasaran sebenar. Sudah tiba masanya kita buat yang betul, bukan sekadar buat banyak,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, setiap LKW yang terdiri daripada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) menjaga wilayah dan rakyat dalam jumlah yang besar dengan semuanya memegang amanah kepada hampir tiga juta masyarakat desa.

Justeru, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah tidak mahu LKW mengambil mudah tanggungjawab itu kerana rakyat sebenarnya yang akan menentukan keberkesanan dasar-dasar kerajaan di akar umbi.

“Fokus semula kepada ‘core business’ mereka dan mencari ruang baharu untuk menjana pendapatan sendiri serta memberi nilai tambah kepada pemegang taruh,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI