fbpx

Kurang ajar! Nak tengok aku peluk dengan jantan ke? – Enot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enot sekeras-kerasnya menafikan dia menjalin hubungan songsang dengan wanita bernama Zack.

PUTRAJAYA – Menjawab teka-teki ramai, pelakon Enot sekali lagi menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya dia menjalin hubungan sejenis dengan wanita bernama Zack.

Kata Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah, 47, dia sudah lali dengan segala kecaman dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

“Bila saya kurus orang cakap saya buat pembedahan bariatrik. Sedangnya saya jaga pemakanan saya. Kemudian, mereka fitnah pula saya ‘berkahwin’ dengan teman saya iaitu Zack. Itu paling kurang ajar.

“Saya masih tahu hukum agama. Saya kenal dengan Zack sejak 30 tahun lalu. Saya dulu sekolah convent. Kehidupan saya memang dikelilingi oleh pelbagai jenis wanita,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran koleksi terbaharu Mis Claire di pusat beli-belah IOI Putrajaya.

Kata pelakon drama Labuna Labuni itu lagi, sekiranya benar dia menjalin hubungan lesbian, dia tidak akan berkahwin sebanyak dua kali sebelum ini.

“Saya buat konten dengan Zack sekadar suka-suka. Kalau ada terpegang pun, kami sama-sama perempuan. Bukan haram pun. Kau nak tengok aku pegang, berpeluk dengan jantan ke? Itu lagi haram.

“Ada yang cakap kenapa saya tak cari lelaki? Saya dah pernah kahwin sebanyak dua kali. Hanya Allah sahaja tahu apa yang saya lalui,” jelasnya.

Enot juga berharap agar masyarakat tidak menghukum Zack kerana dia percaya setiap manusia pasti akan berubah satu masa nanti.

“Kami sama-sama berniat merancang untuk pergi menunaikan ibadah umrah satu hari nanti. Kami hanya manusia biasa yang turut mempunyai keinginan untuk berubah ke arah kebaikan.

“Allah pandang pada pengakhiran seseorang itu bukan pada awalnya. Yang mengata lebih-lebih silap hari bulan aku ke syurga anda yang ke neraka,” ujarnya.

Terdahulu, nama Enot kembali menjadi sebutan disebabkan sering dilihat bersiaran langsung dalam media sosial bersama kawan sejenis bernama Zack.

Dia juga menyorot perhatian ramai apabila penampilannya semakin kurus. Disebabkan itu, ramai membuat andaian kononnya dia melakukan pembedahan bariatrik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI