fbpx
SEEKOR ular sawa ditangkap di Masjid Nurul Yakin, Pattaya. - Foto The Pattaya News

Ular sawa menyusup dalam masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Pasukan penyelamat menerima aduan kecemasan mengenai seekor ular yang menyusup masuk ke kawasan perumahan di Pattaya, lapor portal berita The Pattaya News kelmarin. 

Anggota-anggota penyelamat Sawang Boriboon Thammasathan menuju ke lokasi itu dan mendapati seekor ular sawa telah  menyusup ke dalam Masjid Nurul Yakin di Nong Prue.

Ular sepanjang 2 meter dan berat kira-kira 15 kilogram itu bersembunyi di celah ruang pengudaraan pada dinding masjid. 

Dengan menggunakan peralatan khusus, pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap ular itu dengan dibantu penduduk setempat.

Ular sawa itu kemudiannya dilepaskan semula ke habitat liar. 

Pihak berkuasa menggesa penduduk berhati-hati semasa musim hujan kerana selain ular, pelbagai haiwan berbisa sering mencari perlindungan di kawasan perumahan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN