fbpx

CWC: Monterrey tak gentar lawan Dortmund

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMOS

ATLANTA – Jaguh Mexico, Monterrey tidak gentar bersemuka dengan gergasi Bundesliga, Borussia Dortmund pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia Kelab (CWC) 2025 di Stadium Mercedes-Benz pagi esok.

Berada di bawah kendalian Domenec Torrent, pasukan itu menampilkan corak permainan yang memiliki DNA Eropah selain dibarisi beberapa pemain ternama dunia seperti Sergio Ramos, Sergio Canales dan Lucas Ocampos.

Torrent berkata, meskipun sedar dengan kemampuan yang dimiliki Dortmund, namun beliau menaruh sepenuh kepercayaan terhadap barisan pemainnya untuk mengekalkan persembahan cemerlang dan meneruskan kemaraan ke suku akhir.

“Saya tahu perlawanan kami selepas ini tidak mudah kerana mereka merupakan salah sebuah pasukan Eropah yang sudah memenangi banyak kejuaraan sama ada dalam saingan domestik ataupun benua.

“Kami pernah melihat corak permainan mereka sebelum ini, jadi sekurang-kurangnya kami tahu apa yang boleh dijangka dalam perlawanan itu nanti. Bagi saya, mereka bermain cukup baik,” katanya.

Terdahulu, skuad Rayados itu sudah pun membuktikan mereka mampu bersaing dengan pasukan-pasukan ternama Eropah apabila berjaya mengikat naib juara Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Inter Milan seri 1-1 di peringkat kumpulan.

“Saya tahu mereka tidak sama seperti Inter Milan tetapi masih ada persamaan, jadi kita tunggu dan lihat apa yang kami boleh lakukan. Bola sepak ibarat catur, kami perlu bergerak langkah demi langkah,” ujar Torrent. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI