fbpx

Wanita dipenjara tiga bulan guna wang khairat kematian orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa menggunakan wang khairat kematian orang lain di Mahkamah Sesyen di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Padah menggunakan wang khairat kematian orang lain untuk kegunaan sendiri, seorang wanita dihukum penjara tiga bulan dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh, Nurul Syafiha Awang Za yang juga bekas pembantu tadbir sebuah organisasi dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah melakukan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM41,000.

Hakim Sazlina Safie turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Suri rumah itu diamanahkan oleh Roslan Kumin dengan wang RM41,652.42 bagi tujuan pembayaran khairat kematian kepada tujuh waris peneroka Felda Sungai Panching Timur, di sini yang meninggal dunia.

Namun tertuduh melakukan pecah amanah apabila menggunakan wang itu untuk kegunaan sendiri di Pejabat Felda Panching Timur, di sini antara Februari 2018 hingga Jun 2019.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang, Kamariah Seman menyerahkan kepada mahkamah untuk menetapkan hukuman.

Peguam Datuk Syed Azimal Syed Abu Bakar bagaimanapun memohon hukuman minimum dikenakan kerana anak guamnya yang mempunyai tiga anak tidak bekerja sejak kesalahan itu dilakukan dan anaknya masih bersekolah.

Sazlina menjatuhkan hukuman tiga bulan penjara bermula hari ini serta denda sebanyak RM20,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI