fbpx

Ambalat: Malaysia – Indonesia teroka hasil bumi bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tengah) merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Ledang di Dewan Putra Padang Lerek, Tangkak hari ini

TANGKAK – Malaysia dan Indonesia akan sama-sama meneroka hasil bumi di kawasan Ambalat iaitu wilayah sempadan maritim antara kedua-dua negara sementara rundingan diteruskan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,  kedua-dua negara masih berdepan masalah teknikal dalam rundingan berkenaan Ambalat kerana terdapat kawasan yang masih belum dipersetujui kedua-dua pihak.

“Jadi sudah berpuluh tahun begitu (perbincangan sempadan yang masih belum dimuktamad), mengapa pihak kita tidak meneroka hasil bumi di situ bersama-sama (Indonesia),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Ledang di Dewan Putra Padang Lerek di sini hari ini.

Mohamad berkata, kajian mendapati kawasan berkenaan mempunyai deposit minyak dan gas paling banyak, maka tiada siapa yang untung jika tiada pihak mahu bertolak ansur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI