fbpx

Jejambat jadi bahan kecaman, 7 jurutera digantung tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REKA bentuk jejambat yang 'cacat.' Credit: X/@ANI

NEW DELHI – Kerajaan negeri Madhya Pradesh, India menggantung tugas tujuh jurutera, termasuk dua daripada Jabatan Kerja Raya (PWD) kerana menghasilkan reka bentuk jejambat yang membelok 90 darjah, lapor laman berita NDTV semalam. 

Jejambat itu menjadi bahan kritikan dan cemuhan oleh penduduk tempatan dan pengguna media sosial.

Penduduk tempatan dan netizen mempersoalkan reka bentuknya dan tertanya-tanya bagaimana kenderaan akan membelok 90 darjah.

Ketua Menteri, Mohan Yadav menyatakan bahawa beliau menyedari kecuaian serius telah berlaku dalam pembinaan  jejambat itu dan mengarahkan siasatan dilakukan.

“Berdasarkan laporan siasatan, tindakan telah diambil terhadap lapan jurutera PWD,” tulisnya di platform X.

“Agensi pembinaan dan perunding reka bentuk itu telah disenaraihitamkan, manakala sebuah jawatankuasa dibentuk untuk membuat penambahbaikan,” tambahnya.

Dibina dengan kos 180 juta rupee (RM8.9 juta), jejambat tersebut dibangunkan untuk melancarkan aliran trafik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI