fbpx

Trump tamatkan rundingan perdagangan dengan Kanada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail kapal kontena di Pelabuhan Newark, AS. - AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan bahawa semua rundingan perdagangan dengan Kanada ditamatkan serta-merta, lapor laman berita RT.

Pengumuman itu dibuat selepas Kanada mengenakan cukai ke atas perkhidmatan digital Amerika yang dianggap Trump sebagai serangan langsung ke atas negaranya.

“Kanada, sebuah negara yang sangat sukar untuk berdagang baharu sahaja mengumumkan bahawa mereka akan mengenakan Cukai Perkhidmatan Digital ke atas syarikat teknologi AS. Ia merupakan serangan langsung dan terang-terangan terhadap negara kita.

“Berdasarkan cukai yang ‘mengerikan’ ini, kami dengan ini menamatkan semua perbincangan mengenai perdagangan dengan Kanada, berkuat kuasa serta-merta,” kata Trump.

Tambah beliau, Washington akan memberitahu Ottawa tentang tarif yang perlu dibayar untuk menjalankan perniagaan dengan AS dalam tempoh tujuh hari akan datang.

Hubungan antara dua negara jiran itu mula tegang apabila Trump mengenakan tarif 25 peratus ke atas barangan Kanada pada Februari lalu. 

Ottawa kemudian bertindak balas dengan mengumumkan tarif timbal balik.

Trump kemudian menggantung tarif buat sementara waktu dan menyatakan kesediaan untuk merundingkan syarat-syarat yang menguntungkan untuk perniagaan AS. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI