fbpx

Perancis haramkan merokok di pantai, taman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berjemur di taman Champs de Mars dengan berlatarbelakangkan Menara Eiffel di Paris pada 13 Jun 2021. - AFP

PARIS – Kerajaan Perancis menguatkuasakan undang-undang yang melarang aktiviti merokok di pantai atau taman awam negara itu bermula hari ini.

Perhentian bas dan kawasan berhampiran perpustakaan, kolam renang serta sekolah turut terlibat dalam larangan itu. Ia berkuat kuasa sehari selepas diterbitkan dalam warta rasmi kerajaan semalam.

Peraturan itu dikenakan seminggu sebelum bermulanya cuti sekolah di Perancis dalam usaha kerajaan untuk segera melindungi kanak-kanak daripada risiko menjadi perokok pasif.

Larangan itu bagaimanapun tidak meliputi kaki lima bar dan restoran selain tidak melibatkan rokok elektronik atau vape.

Di bawah larangan tersebut, orang ramai tidak boleh merokok dalam radius 10 meter dari sekolah, kolam renang, perpustakaan dan tempat lain yang merisikokan kanak-kanak bawah umur.

Mereka yang ingkar berdepan denda sebanyak €135 (RM670) sehingga maksimum €700 (RM3,470).

“Tembakau mesti dihapuskan dari tempat di mana terdapat kanak-kanak. Taman, pantai, sekolah, ini semua adalah tempat untuk bermain, belajar dan bernafas. Bukan untuk merokok,” kata Menteri Kesihatan dan Keluarga, Catherine Vautrin.

Bagaimanapun kementerian berkenaan menjangkakan tempoh penangguhan awal ketika peraturan baharu itu sedang dijelaskan.

Di Perancis, pendedahan pasif kepada asap tembakau menyebabkan 3,000 hingga 5,000 kematian setiap tahun, demikian menurut angka rasmi kerajaan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI