fbpx

Tengok jadual persekolahan, Fattah, Fatima pasti ke Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATTAH mengakui sememangnya ada merancang untuk berciti ke Jepun bersama Fatima, sekali gus merealisasikan impian anaknya itu mahu ke Taman Tema Disneyland.

KUALA LUMPUR – Bakal jadi kenyataan, pelakon dan penyanyi Fattah Amin mengakui akan merealisasikan impian anak perempuannya, Nur Fatima Aisya untuk melancong ke Taman Tema Disneyland di Tokyo, Jepun pada tahun ini.

Menurut Abdul Fattah Mohd Amin, 35, percutian tersebut sudah dirancang tetapi jadual perlu diatur agar tidak mengganggu jadual persekolahan Fatima.

“Memang kami ada perancangan cuma Fatima terikat dengan jadual persekolahannya.

“Bila saya sudah maklum mengenai jadual persekolahan Fatima, bolehlah merancang. Tahun ini kami akan ke sana.

“Kami akan pergi ke sana dengan keluarga termasuk ibu, ayah dan adik-beradik.,” katanya pada sidang media selepas diperkenalkan sebagai duta jenama air mineral NEX di sini, hari ini.

Fattah bagaimanapun memberitahu, perkara berkaitan hal keluarga termasuk perihal anak sepatutnya boleh dimaklumkan secara peribadi berbanding menggunakan platform media sosial.

“Cuma itulah, boleh sahaja perkara itu disampaikan dengan WhatsApp,” ujarnya.

Sementara itu, dalam majlis yang berlangsung hari ini, dia teruja apabila berpeluang menjadi duta bagi produk air minuman mineral yang mengandungi bahan semulajadi.

“Sebenarnya saya sudah lama teringin nak jadi duta produk air mineral.

“Kalau diberikan peluang lancarkan produk minuman, memang saya nak keluarkan air mineral jenama sendiri.

“Air mineral NEX adalah produk pemprosesan semulajadi yang memang bagus untuk kesihatan,” jelasnya.

Baru-baru ini, Fatima mencuri perhatian ramai dalam media sosial apabila menuntut bapanya melancong ke Disneyland Tokyo.

Fattah juga dilihat membalas video tersebut menerusi hantaran dalam Insta Story.

“Hai, baby Fatima ke yang ‘post’ ni? Hehe. Kenapa daddy video ‘call’ tak angkat? ,” tulisnya.

Terdahulu, Fattah dan Fazura bernikah pada 27 November 2017 dan sah bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

Rentetan itu, hak penjagaan Fatima menjadi milik Fazura manakala Fattah diberikan hak lawatan dan bermalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI