fbpx

Ditegur pakai tasbih terbalik, ini jawapan Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUHAINIES memberi penjelasan tentang pemakaian tasbihnya yang disifatkan pelik oleh netizen.

PETALING JAYA – Bertubi-tubi ditegur kononnya sengaja memakai tasbih digital secara terbalik, pelakon Ruhainies menegaskan berlaku kekeliruan terhadap cara pemakaiannya yang sebenar.

Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, dia sedar tentang teguran ramai namun menjelaskan tiada sebarang kesalahan dalam cara penggunaannya.

“Ramai sangat mesej kata saya pakai tasbih terbalik.

“Sebenarnya saya guna ibu jari untuk tekan butang dari pandangan saya. Mungkin dalam gambar nampak macam salah, tapi hakikatnya tidak.

“Saya pakai ikut keselesaan dan cara sendiri,” katanya menerusi hantaran Instagram Story.

Tambah pelakon Hikayat Pak Belalang itu, tasbih digital tersebut bukan sekadar aksesori, malah mempunyai nilai sentimental buat dirinya.

“Saya dapat tasbih ini daripada seorang kenalan, dia beli atas talian.

“Hiasan di sekeliling tasbih ini saya tempah khas dari sebuah kedai di Pavilion, Kuala Lumpur,” ujarnya.

Sejak tahun lalu, Ruhainies dilihat konsisten memakai tasbih digital di jari telunjuk hingga menjadi tumpuan dalam setiap penampilannya.

Namun jauh dari sekadar gaya, dia sebelum ini pernah mengakui tasbih tersebut menjadi teman dalam misi rohani iaitu berselawat sebanyak 1,000 kali sehari selama 40 hari tanpa henti. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI