fbpx

Buang pelajar terlibat buli sebagai pengajaran, tiada peluang kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi (dua dari kiri) semasa tiba ke Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh di Dewan UMNO Uthmaniyyah, Pasir Puteh hari ini. FOTO TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Mekanisme sedia ada sudah mencukupi untuk mendidik dan memberi panduan disiplin untuk mengelakkan perlakuan buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sehubungan itu, pihaknya tidak bercadang untuk merangka mekanisme baharu bagi menangani kes buli di semua institusi pengajian di bawah Mara.

“Mara tidakan akan berkompromi dalam soal buli membuli sama ada secara fizikal atau mental. MRSM adalah wadah menimba ilmu dan kemahiran bukan tempat untuk bertindak disebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh di Dewan UMNO Uthmaniyyah di sini hari ini.

Asyraf Wajdi memberitahu, tindakan membuang pelajar yang terlibat buli adalah wajar kerana Mara mementingkan kualiti pelajar yang cemerlang, sifat kepemimpinan, setia kawan dan memiliki jati diri yang tinggi.

Menurutnya, kejadian yang berlaku merupakan pengajaran yang perlu diambil iktibar kerana tiada peluang kedua kepada mereka terlibat kes buli di MRSM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI