fbpx

21 rumah musnah terbakar di Hutan Melintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kebakaran yang memusnahkan 21 buah rumah di Bagan Pasir Laut, Hutan Melintang dekat Bagan Datuk hari ini.-IHSAN JBPM

BAGAN DATUK – Sebanyak 21 buah rumah dan sebuah kedai makan musnah terbakar dalam kejadian di Bagan Pasir Laut, Hutan Melintang di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kecemasan yang memaklumkan kejadian itu diterima pada pukul 4.52 pagi dan sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang dibantu BBP Teluk Intan serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Tiang segera diatur gerak ke lokasi.

“Kebakaran merebak dengan pantas kerana keadaan rumah yang terletak berhampiran dan tekanan air dari pili bomba agak rendah.

“Kebakaran itu bagaimanapun berjaya dikawal pada pukul 7.30 pagi. Sebanyak 21 buah rumah kelas B dan C terbakar selain sebuah kedai dan tokong,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, tiada kemalangan jiwa mahupun mangsa yang cedera dalam kejadian itu dan operasi pemadaman masih diteruskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI